Hello again! Ok cerita ulang tahun kelahiran dah habis. I am 29 and still rocking! Gitewww. Jom sambung cerita kat Seoul yang tak settle lagi ni. Day 3 kami mulakan dengan ke Nami Island. Ingat tak kami beli pakej yang ada shuttle bus & tiket ferry sekali. So kakak jual tiket tu kata make sure sampai ke tempat tunggu shuttle bus tu paling lewat jam 9.20am.
Punyala awal bangun pagi tu. Keluar guesthouse dalam jam 8. Tujuh kali train bukak, padat! Takleh squeeze langsung. Ke yang benar kita tak sampai hati nak padatkan lagi. Maklumla kami dua orang kan kenderaan berat. Tak sampai hati nak lenyekkan dorang yang nak pergi kerja tu. End up kami buat keputusan nak naik teksi. Sementara tunggu teksi tu ternampak orang beratur panjang. Kalau kat kita tu macam beratur nak ambik Br1m gituu. Rupanya dorang beratur nak naik bas. Ya Allah tertibnya diorang. Bagus sungguh. Kagum. Kudos to the Koreans!
Dalam jam 9 sampai la ke Tapgol Park. Katanya tunggu di Gate Tapgol Park. Dah sampai sini baru perasan kami takde map kata gate mana satu nak tunggu ni? Tu la bila orang tu tunjuk, berlagak bajet paham je.
Kami tunggu di gate yang tuan tanah tandakan warna biru ye. Siap positifkan diri kata confirm tak ramai orang nak pergi Nami Island sebab hari biasa kan. Tapi rezeki kami baik, dalam jam 9.15 tu Mimi nak buang sampah so cari tong sampah sampai ke hujung simpang yang tanda silver tu. Sekali ternampak 2 bas persiaran tunggu kat situ. Apa lagi? Berlari lari la takut kot kena tinggai kan. Memang kelakar.
Perjalan dari Insadong ke terminal feri tu ambil masa dalam satu jam lebih. Dalam bas pun kagum sebab kena pakai seatbelt. Sampai je kat terminal tu nampak benda tinggi tu. Pernah nampak dalam Running Man buat shooting masa diorang main badminton. Rupanya ni tempat bungee jumping dalam Infinity Challenge pernah tunjuk. Masa ambik gamba ni tak tau pun tu tempat bungee jumping hehehe.
Seperti biasa, sebelum naik feri kasi ambik gambar sana sini dulu.
Perjalan dari terminal ke Nami Island tak lama mana pun. Dalam 10 minit ada. Sampai je sana tudiaaa ramainya pelancong dari China. Bising pulak tu. Yang lagi annoying bila yang bising tu semua stok tua tua. Kalau muda mudi ke, tuan tanah pahamla. Tapi ni yang memang makcik makcik tu. Semangat gila.
Ni posing cliche. Rasanya macam semua pengunjung sini ada posing macam ni. Haha. Tapi bear in mind, dari jeti feri tu nak jalan ke dalam lebih dari 500meter. Tapi mujur banyak kerusi disediakan di kiri kanan jalan. So kami memang enjoy jalan jalan gaya santai kat sini.
Jangan risau kepada Muslims semua, ada surau disediakan disini dan ada kedai yang halal yang femes dikalangan bloggers. Terletak dibelah belakang bangunan surau. Kami excited nak makan nasi goncang ni. Dapat je terus suruh Mimi yang goncangkan.
Lepas goncang & buka, hek elehhhh dah macam nasi kucing makan je. Hahaha. Punya tak bersyukur kami dua orang. Masa ni memang nak ketawa kuat kuat. Rasa kelakar. Tapi kan, rasanya memang sedap. Eh tak tau nak describe macam mana. Tapi memang sedap.

Pastu kami order seafood pajeon dia juga. Sebab dah jatuh cinta kan? KRW10,000 pun gagah! hehehe Sampai sekarang tuan tanah masih belum berjaya buat dip sauce untuk pajeon ni. Rinduuuu :(
Ok tips untuk yang nak ke Nami Island.
- Make sure you bring some foods. Light snacks, water drink. Sebab agak jauh berjalan dan kurang makanan yang boleh kita makan.
- Kalau di Seoul sejuk, expect kat Nami Island lagi sejuk. So be prepared to wear proper gear.
- Kalau awak naik shuttle bus, remember plate number bas yang awak naik. Kami amik gambar terus! hahaha
- Kalau awak naik shuttle bus, bus hanya akan bertolak dari terminal ferry jam 4pm. So set timing untuk jalan keluar dari situ dan naik feri. Tiket bus pun jangan buang. Sebab dia ada bagi 2 tiket asing untuk pergi dan balik.
- You have ample time to create your own memories there. Relax and enjoy the view. Jangan gopoh. Sana ada perkhidmatan sewa basikal. Kalau yang berminat.
Overall, tuan tanah & Mimi rasa trip Nami Island ni so-so je. Tapi takpala, dapat gak kami picnic kat situ. Sambil borak borak. Cerita pasal keluarga. Cerita pasal benda lucu. Dan paling best, boleh create memory sendiri. Sebab bukan semua orang dapat melancong macam ni kan.
Oklah. Bye!
Ni fav tempat aku & Azra. Macam tiap kali gi Korea mesti tabah gi Nami gak. Kalau gi autumn, sumpah lawa tempat ni.
ReplyDeleteye ke??? Kalau ada rezeki nak pergi lagi lah mcm ni. Tapi tempat ni memang relax. Effortless hehehe
Deletehahahah betul tu bie.. mmg favorite place nih... next time pegi ( ade hati nak pegi lagik tu hahaha ) nak kene try haemul pajeon tu plak... nampak sedapss
ReplyDeleteHello? Uols berdua kan memang kampung kat sana. haha. Memang rindu betul suasana sana
DeleteNaz!!! ramai betul org tu sampai 7 kali tren bukak still x leh nak nyelit..
ReplyDeleteKalau mimi tak cari tong sampah tu sah kena tinggal lah eh heee
Nasi goncang tu kalau buat kat umah sure x sedap kan..
so so je Nami Island...bukan best ke..no wonder lah sikit je gambar kat area Nami Island tu heeee
hehehehe betul JM. 7 kali tapi tak gak boleh nak nyelit. Mungkin takde level confident yg tinggi kot hehehhee. Takla tak best sgt. tp dia mmg relaxing place. dgn angin sejuk kan. enjoy juga hehe
Deletesalam...nk tanya, mana korang beli baju sejuk plus size ek?boleh suggest tempat n hrga x?
ReplyDelete